04 November 2009

PETIKAN UCAPAN PENGETUA




En Abdul Manaf sedang menyampaikan ucapannya.

Pengetua MPKI ketika aku menuntut di sana dulu ialah Tuan Haji Abdul Manaf bin Jaafar (PMP). Di bawah ini antara petikan ucapannya kepada semua guru pelatih;

"Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa peranan guru-guru pelatih di maktab ini adalah penting untuk menerima pendidikan dan kemahiran-kemahiran pendidikan perguruan terutama untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

Untuk menuju ke arah ini, guru-guru pelatih hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh baik di dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk menyemai dan menyampaikan segala kehendak masyarakat dan juga falsafah negara.

Dengan itu, sewajarnyalah pelatih-pelatih sekelian bersiap-sedia dari sekarang untuk memperlengkapkan diri di dalam mencapai matlamat tersebut.

Akhlak dan moral akan menjadi garis panduan kepada kita sekelian untuk mencapai cita-cita negara untuk menjadikan setiap rakyat sebagai manusia yang berilmu serta mempunyai akhlak yang baik.

Dengan berilmu tetapi tanpa akhlak, manusia akan membawa kebinasaan. Tetapi berilmu dan berakhlak akan mewujudkan apa yang dikatakan 'insan yang kamil'.

Akhir sekali, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua guru pelatih. Amalkan segala ilmu dan kemahiran yang ada kepada anak bangsa kita serta dengan rasa penuh tanggungjawab dan dedikasi."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Juragan

My photo
insan kerdil di bumi Allah swt. email: adizack66@gmail.com

Komuniti MPKI

Pengunjung

Berita Terkini

Hiburkan Hatimu

Kadang2 Allah Hilangkan Mentari. Puas Kita Menangis Mencari Mentari. Rupanya Allah Datangkan Kita Pelangi Yang Indah. Hargailah Orang Yang Sentiasa Berada Disisimu Ketika Senang Dan Susah...



  © MemoriMPKI 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP