05 November 2009

LAMBAIAN PERPISAHAN

Pabila tiba saat-saat keberangkatan yang memilukan, semua warga MPKI pasti akan merasa sedih dan gundah kerana terpaksa meninggalkan alam maktab yang penuh bermakna untuk melangkahkan kaki ke alam yang baru, iaitu alam profesion pendidikan yang sebenar. Kepiluan ini begitu terasa bila membaca sajak karya Dino dari 3PMG ('84-86) ini. Izinkanku catatkan petikan sajak beliau di helaian ini.

Ucap Dino lewat sajaknya,

pemergian tak mungkin kembali
pemergian tak mungkin diulangi
meninggalkan sebuah bangunan yang tersergam indah
di sebuah pekan yang menjadi keagungan ahli pendidik
.................
tinggallah
MPKI dan rakan tersayang
ada titisan airmata di setiap lembaran
hanya salam perpisahan ku hulurkan
pada jari-jari manis ku hulurkan salam
.................
tinggallah MPKI tersayang.

Saat berpisah dengan warga MPKI terasa begitu nyilu dan mengesankan. Momen-momen manis ketika bersama tak kan mudah dilupakan begitu sahaja. Susah senang, derita, sengsara, suka duka dan segalanya menjadi rencah dalam kehidupan seorang yang bernama bakal guru yang bakal melangkah ke alam realiti. Entah bila kita akan bersua lagi....hanya masa dan ketentuanNya yang bakal menentukannya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Juragan

My photo
insan kerdil di bumi Allah swt. email: adizack66@gmail.com

Komuniti MPKI

Pengunjung

Berita Terkini

Hiburkan Hatimu

Kadang2 Allah Hilangkan Mentari. Puas Kita Menangis Mencari Mentari. Rupanya Allah Datangkan Kita Pelangi Yang Indah. Hargailah Orang Yang Sentiasa Berada Disisimu Ketika Senang Dan Susah...



  © MemoriMPKI 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP