21 March 2010

Kenangan Band Nada Sri Kinta 1987-1988

Masa di MPKI dulu, aku menganggotai Band Nada Sri Kinta. Ahli-ahlinya adalah Roshdan, Partonoor, Saifulizan, aku dan seorang lagi pelatih yang bermain keyboard. Maaf, aku tak ingat namanya. Masa tu band di bawah bimbingan Mr Leong dan En Khamis. Function yang mana band ni terlibat banyak sekali seperti Malam Bintang, sambutan perayaan-perayaan ala-ala 1 Malaysia, dan function khas seperti Malam Kenangan sempena Persidangan Pengetua-Pengetua Maktab SeMalaysia dan sebagainya.

Posing di belakang Dewan Sri Kinta lepas perform...

Posing kat bawah pulak...

Gambar bersama rakan-rakan selepas function sempena Deepavali...

Posing with my classmates. Where are you all now? Hope we'll meet again in near future...

Band Nada Sri Kinta 1 dan 2 bergabung tenaga.

Bersama Mr. Leong, ayahanda kami...

Persembahan sempena Konvo MPKI.

Persembahan di malam Bintang MPKI.

Penuh perasaan you.....

22 January 2010

KENANGAN DI TAMAN TASEK SM NOOR, BATU GAJAH.

Ahli rombongan sampai di Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah.
Berposing di hadapan 'Horror House'. Fikir dulu nak masuk ke tak....hanya yang berani aje yang boleh masuk.
Posing atas 'gertak' (jambatan).

Tak berani nak masuk aih....posing kat depan aje leee...
Saya betul-betul 'admire' lukisan yang dilukis di dinding taman ini. Cantik dan artistik.
Berehat sekejap di kawasan air pancut....Jom kite pi sana plak....

Tengok semua murid-murid...ini buaya. Sekarang eja 'buaya'....hehehe
Lepas pekena kat Restoran Kampung...
Bersama Azmi di hadapan lukisan bertemakan sains.
Tolongggg! Tolongggg! Dinosaur ni nak 'makan' kami! Apa tercegat aje tu Wan, tolong laa...
Saat-saat begini hanya tinggal kenangan.
Kat tepi pantai la plak....
Jom rehat dulu...penat dah jalan. Teringat kawan lama, berdiri no 4 dari kiri. Anwar Ridzi dok ngajar mana la ni? Dok Selama lg ke?
Atas jejantas menuju ke tempat 'ulaq besaq'.
Kenangan di hadapan papan tanda Taman Tasik SM Noor.
Berbincang mana nak pegi lepas nie...Ooi...pelayan tunggu 'order' tu...cepatla order...
Jalan, jalan jugak...buku kena baca...tak lama lagi final exam...
Di hadapan satu lagi lukisan dinding yang menarik...
Bersama 'dinosaur' besaq....payah nak jumpa nie, kat taman nie jer ada.

Suatu waktu dahulu.....MPKI 86-88 dalam kenangan.

20 January 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP MPKI DI KEM MANJUNG 1987

Berposing di hadapan pondok kumpulan kami. Relaks sementara menunggu bunyi siren untuk berkumpul di 'base camp'.

 Persembahan lagu secara berkumpulan di malam akhir.


 Memasang khemah mengikut kumpulan. Kena pasang baik-baik lengkap ngan gadjet dan jaga kebersihan kawasan sebab ada markah nie...

Berbaris di hadapan khemah untuk pemeriksaan...Kenapa Darullaid 'masam' jer tu? Sakit perut ker?


 Eh, tukul ada tak? Rasanya tiang ni tak kuat lagi ni...kalau ikat tali khemah nanti tumbang plak....


 Pegang kuat-kuat, aku nak balun tiang ni ngan kayu...nanti kena tangan lak...

Eh...mana lagi ahli kumpulan kite nie? Dok kat pondok lagi ker?

 
 Hai...posing sakan nampak? Nasik dah masak ker? Lauk tengahari nie camne?

 
Perkemahan Manikayu 2, kalau tak silap di Kem Manjung, Perak. Gambar -gambar di atas adalah kumpulan kami. Semua pelatih di bahagikan kepada beberapa kumpulan di mana semua aktiviti mestilah secara berkumpulan dan kami di beri satu pondok setiap kumpulan untuk menginap.

Selama berkhemah di sini, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi seperti berjalan di dalam hutan, melawat kampung orang asli, menyelesaikan tugasan berkumpulan, mencari 'harta karun', pertandingan kawad, pertandingan memasak, jungle-trekking dan slot 'burung hantu' di mana kami ditinggalkan bersendirian di tempat tertentu secara bersendirian (hutan) di tengah malam. Takutttt woooo...

Pengalaman yang paling melucukan ialah menghambat monyet-monyet yang menyelongkar pondok kami untuk mencari makanan. Habis beras kami ditabur merata-rata, biskut dan kuih dilarikan mereka ke atas pokok. Kami terpaksa meminta belas daripada kem komandan untuk mendapatkan beras untuk ditanak. Rupanya di sini ramai sekali monyet-monyet yang berkeliaran.

Satu pengalaman menarik lagi ialah persembahan pada malam terakhir di mana kami mempersembahkan sebuah lagu secara berkumpulan serta tarian 'rodat'. Takut tengok penari-penari tu cucuk lengan mereka dengan besi tajam tuu...tapi sayang tak ada gambar, sebab saya sendiri menyertai mereka menari bersama!

10 January 2010

PANCARAN MPKI

Kebangaan MPKI - Majalah Pancaran.
 
 Wadah Warga MPKI, Majalah Pancaran yang diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Majlis Guru Pelatih MPKI.





 
Nota Muzik Lagu MPKI yang di cipta oleh En CTS Okeffe dan ditulis senikatanya oleh Cik Mariah Jamaluddin.

09 January 2010

PENSYARAH MPKI

Masih ingatkah anda semua kepada pensyarah-pensyarah kita? Di manakah mereka sekarang? Masihkah mereka bersama kita.....Walau apa pun, kami sentiasa doakan agar mereka semua dan kaum keluarga mereka sentiasa sihat sejahtera dalam kehidupan dan pekerjaan mereka.

Terima kasih buat semua pensyarah yang telah mendidik kami suatu ketika dahulu;

1. En Mohd Rashidi b Othman
2. En Badaruddin b Idris
3. En Abd Shukor b Abu Shahid
4. En S. Ulaganathan
5. En Jamaluddin b Yusoff
6. En Alno'man b Shaari
7. En Abdullah b Enon Jabadin
8. Cik Chong Beng Suan
9. Cik Choo Wai Ling
10. Pn Azizah bt Ismail
11. Cik Wong Woy Chun
12. Cik Tan Hwai Chin
13. Pn Rogayah bt Kassim
14. Pn Bibi Sabariah bt Yusoff
15. Pn Hamidah bt Mohd Tahir
16. Pn Yan bt Abd Hamid
17. Cik Hjh Asnah bt Nazaruddin (Lecturer favourite kami walau pun agak 'garang')
18. En Ibrahim b Daud
19. En Adnan b Mohamed
20. En Chow Fook Meng
21. En Ariffin b Abdul Rahman
22. En Ismail Jamail b Hj M. Isa
23. En Zainal Abidin b Mat Nusin
24. En Tan Chou Guan
25. En Chan Foo Heng
26. En Ong Yeoh Tham
27. En Amran b Ramli
28. En Kao Thuan Keat
29. En Miaw Tong Hoi
30. En Ng Foo
31. En Shamsuddin b Yan
32. En Loi Hieng Chu
33. En Ten Shen Min
34. En Adnan b Hassan
35. En Tan Kim Theng
36.En Zamzam Amin b Hj Abd Rahman
37. En Ahmad Fauzi b Hj Md Yusof
38. En Gordon Van Buerle
39. En Ngazizan b Abd Majid
40. En Ramalingam
41. En Raj Kumar
42. En SN Ramarao
43. En Hong Chin Leong
44. En Mohd Saat b Hj Mat Isa
45. En Perthapal Singh
46. En M Thangaveloo
47. En Abd Razak b Hj Hussein
48. En Nuruddin b Hj Mat Aris
49. En Mohd Yasin b Abd Majid
50. Pn Noor Azizi bt Hj Khalid
51. Pn Hjh Paezah bt Abd Hamid
52. Pn Johara Bee bt Mohd Shariff
53. Pn Hjh Norasiah bt Mohd Yusoff
54. En Ismail b Mat Nasib

Related Posts with Thumbnails

Juragan

My Photo
insan kerdil di bumi Allah swt. email: adizack66@gmail.com

Komuniti MPKI

Pengunjung

Berita Terkini

Hiburkan Hatimu

Kadang2 Allah Hilangkan Mentari. Puas Kita Menangis Mencari Mentari. Rupanya Allah Datangkan Kita Pelangi Yang Indah. Hargailah Orang Yang Sentiasa Berada Disisimu Ketika Senang Dan Susah...



  © MemoriMPKI 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP