29 December 2009

Puisi: Selamat Pagi Cikgu

selamat pagi cikgu
cuti-cuti ni tak ke mana-mana ke
tak balik kampung ke
rilekslah ya?
sekolah kan cuti panjang...

cuti tak cuti sama sahaja
adik kakak pakcik makcik
ada guru yang bertugas di pejabat sekolah
bantu kerani taip itu dan ini
urus pertukaran dan pindah masuk
ada guru yang bermukim di makmal komputer
sediakan buku pengurusan, perancangan dan jadual
ada guru yang bertungkus-lumus di bilik boss
mengurus buku-buku teks untuk sesi tahun depan
ada guru yang berada di koperasi sekolah
menyusun stok alatulis dan buku latihan

kerja guru tak pernah habis
tak macam yang adik kakak bayangkan
tak seperti yang pakcik makcik jangkakan
ada guru yang dipanggil menghadiri mesyuarat
seminar profesional dan juga kursus-kursus
dekat jauh tak menjadi soal
arahan mesti dipatuhi tanpa gagal
demi memartabatkan bidang pendidikan
usah di tanya apa ganjarannya nanti
kerana ini memang tanggungjawab guru
dedikasi dan teguh memegang prinsip

selamat pagi cikgu
dikala ramai yang bersantai bersama keluarga
masih ada guru pagi-pagi lagi di sekolah
mengajar di kelas tambahan & tuisyen
ada yang berbayar, ada yang 'free of charge'
tidak lain untuk meningkatkan pencapaian
dan kemahiran anak didik tersayang
meski kekadang tak pernah dipandang
atau sekadar melafaz 'terima kasih cikgu'
kerana mengajar anak saya selama ini.

-adizack ms
6.17pm, 8 disember, 2009
Source: http://sanggarhayat.blogspot.com

23 December 2009

Facebook MPKI

Saya cadangkan supaya kita semua warga MPKI semuanya menyertai Facebook MPKI yang diwujudkan oleh En Sham Sudin. Terima kasih dan syabas atas inisiatif menyatukan kembali semua warga MPKI. Seelok-eloknya kita sama-sama war-warkan kepada semua. Sila klik banner di bawah untuk ke Facebook MPKI.


Anda juga boleh klik link ini untuk ke FACEBOOK MAKTAB PERGURUAN KINTA. Marilah kita sama-sama sambungkan kembali tali silaturrahim sesama kita. Wassalam.

28 November 2009

Kanvas Kenangan ( Buat Teman-teman seMPKIku)

temanku
lebih sedekad lalu
sama kita warnakan kanvas hidup
dengan tinta dan warna-warna galak & ceria
sama kita berganding tangan
menyusur lurah cita gaung ilmu
sama menyapu keringat perantau
yang lekat di kening hari
berkongsi mee segera
bantal & tilam dingin
simen kaku taman cempaka
ngilu menyucuk temulang kering
dan adatikanya
kita saling bersandar di dinding rindu
mengenang isteri, anak-anak, kekasih
jua ayahbonda yang jauh dari mata

teman
lebih sedekad lalu
kita pernah menjalin keakraban
menyulam ikatan padu anak-anak bangsa
saling menyimpul ikhlas seraut budi
bila ada antaranya yang selalu kekeringan
saling berkongsi apa yang termampu
mencicah ulam & budu bersama nasi
dan adatikanya
terbetik hilai tawa riang anak rantau
pabila nipa, zambry & amin mula bercerita

teman
lebih sedekad lalu
ada antaranya bersua teman hidup
gerso di bawah teduhan bintang kejora
alhamdulillah bahagia hingga kini
ah, betapa rasanya ingin kembali lagi
meniti sejarah ketika itu

teman
meski MPKI kini hanya tinggal nama
namun segugus memori kekal di perdu hati
selayaknya kita bangga menjadi warganya
dan terus berjuang memartabatkan bangsa
di kota atau di ceruk rantau

teman
sememangnya telah ditakdirkan kita bertemu
untuk saling mengenali hati budi masing-masing
dan sama berkongsi secangkir pengalaman
di pelabuhan senja yang fana ini
biarlah secangkir memori manis
tetap bermukim di ruang hati
menjadi halwa secebis pengalaman
rentetan sejarah sebuah persahabatan
yang dibina dari puing-puing keikhlasan
dan ketulusan hakiki
semoga selamanya
tetap kita dekat dihati
meskipun jauh dari mata.

- adizack ms
sari 5, taman cempaka, ipoh (1985-1988)
oktober 2003

15 November 2009

KOLEKSI PERISTIWA17




KOLEKSI PERISTIWA16





KOLEKSI PERISTIWA15





KOLEKSI PERISTIWA14





KOLEKSI PERISTIWA13





KOLEKSI PERISTIWA12





KOLEKSI PERISTIWA11





KOLEKSI PERISTIWA10





KOLEKSI PERISTIWA9





KOLEKSI PERISTIWA8





Related Posts with Thumbnails

Juragan

My photo
insan kerdil di bumi Allah swt. email: adizack66@gmail.com

Komuniti MPKI

Pengunjung

Berita Terkini

Hiburkan Hatimu

Kadang2 Allah Hilangkan Mentari. Puas Kita Menangis Mencari Mentari. Rupanya Allah Datangkan Kita Pelangi Yang Indah. Hargailah Orang Yang Sentiasa Berada Disisimu Ketika Senang Dan Susah...



  © MemoriMPKI 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP